| Biodata |
|
||
| Lahir di Tampin,
Negeri Sembilan dan merupakan anak ke tujuh daripada sepuluh adik
beradik. Darjah Satu hingga Darjah Enam bersekolah di Sekolah Kebangsaan
Tampin dan Tingkatan Satu hingga Lima di Sekolah Menengah Tunku Besar
Tampin. Selepas itu menyambung pelajaran di Fakulti Kejuruteraan
Pertanian, Universiti Pertanian Malaysia di dalam bidang Ijazah
Kejuruteraan (Pertanian)sehingga 1985.
Mula berkhidmat di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) pada tahun 1986 dan pada tahun 1987 ditempatkan di LPP Johor sehingga 1992, kemudian bertukar ke LPP Selangor sehingga tahun 1997. Pada tahun 1998 bertukar pula ke LPP Ibupejabat. Melangsungkan perkahwinan dengan Norlijah bte Ahsan pada tahun 2 November 1989 dan Alhamdulillah telah dikurniakan dengan 4 orang putera dan 3 orang puteri. Telah berjaya menamatkan pelajaran di peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (2002 - 2004)dengan hasrat meningkatkan ilmu pengetahuan dan memberi sumbangan yang lebih bermakna kepada kepada LPP.Majlis Konvokesyen telah berlangsung pada 8 Ogos 2004. Bermula pada 15 Disember 2004, telah bertukar ke LPP Sabah dan bertugas sebagai sebagai Ketua Unit Teknikal. Diantara skop tugas adalah merancang, memantau aktiviti kejenteraan dan kemudahan asas serta memberi khidmat nasihat teknikal dari aspek pemprosesan, pusat pengumpulan hasil pertanian, penyimpanan (storage),bilik sejuk, ternakan dan lain-lain
|
|||